JAWATANKUASA Pilihan Khas (JKPK) Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.
JKPK dalam satu kenyataan berpendapat bahawa kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum melaksanakan program ini, berdasarkan taklimat yang diterima dari Kementerian Pertahanan dan Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) mengenai penilaian dan keberkesanan PLKN 3.0.
“Pelaksanaan PLKN 3.0 tidak mempunyai objektif dan sasaran pencapaian yang jelas. Sekiranya PLKN 3.0 ingin dilaksanakan juga, maka, matlamat dan modulnya hendaklah berasaskan latihan ketenteraan atau separa-ketenteraan. Tetapi, persoalannya adakah negara memerlukan PLKN yang sedemikian?.
“Selain itu, modul PLKN 3.0 yang dicadangkan ini adalah bercampur-aduk, iaitu 70 peratus Asas Ketenteraan dan 30 peratus Kenegaraan,” kata kenyataan itu pada Khamis.
BACA LAGI: [VIDEO] Bas hilang kawalan sebelum masuk longkang, 20 penumpang berdepan detik cemas
BACA LAGI: Polis tembak mati 3 penjenayah di Penampang, dipercayai terlibat aktiviti jenayah, kes bunuh
Kajian mendapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 tidak meninggalkan kesan positif jangka panjang di kalangan calon-calon.
Tambah kenyataan tersebut, modul PLKN 3.0 yang dicadangkan memberi penekanan 70 peratus dalam Asas Ketenteraan namun sebahagian daripada kandungannya tidak mempunyai kaitan dengan Asas Ketenteraan.
“Kandungan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kandungan-kandungan Kenegaraan dan lain-lain (iaitu yang bukan Asas Ketenteraan) dapat disampaikan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan sedia ada dan sebagainya.
“Kajian-kajian mendapati bahawa PLKN 1.0 dan 2.0 tidak meninggalkan kesan positif jangka panjang di kalangan calon-calon. Dengan kata lain, ia kurang berkesan,” ujarnya.
Dalam pada itu katanya, PLKN 1.0 dan 2.0, dan 3.0 juga melibatkan kos pelaksanaan yang amat tinggi, berbanding kesan positif yang tidak seberapa.
“Sedangkan kesan positif yang sama itu boleh didapatkan melalui program-program atau institusi-institusi pendidikan yang sedia ada, dan sebagainya,” jelas kenyataan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram