Selepas 6 tahun berkhidmat, Hamidin takkan pertahan jawatan Presiden FAM


  • Podium
  • Rabu, 04 Dis 2024

Hamidin tidak akan bertanding dalam Kongres FAM yang akan diadakan pada 15 Februari 2025.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, tidak akan mempertahankan jawatan itu dalam kongres pemilihan bagi penggal 2025-2029 yang akan berlangsung 15 Februari depan.

Hamidin mula memegang jawatan itu pada 2018 dan akan menamatkan perkhidmatannya pada 15 Februari depan.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan pada semua, seperti yang diuar-uarkan banyak media, bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden FAM bagi penggal yang akan datang, iaitu bagi penggal 2025-2029, " katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Astro Arena pada Rabu.

BACA LAGI: Penganjur acara sukan dibenarkan menetapkan kod pakaian atlet wanita

BACA LAGI: Jangan susah hati, rekod pertemuan antara sebab Sabah FC tidak mungkin 'dicakar' The Cats

WhatsApp Image 2024-12-04 at 14.22.02

Sekitar Mesyuarat Ke-13 Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia bagi Penggal 2021-2025.

Hamidin berkata, keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu bagi penggal akan datang dibuat bukan kerana desakan penyokong.

Sebaliknya, Hamidin menegaskan keputusan berkenaan diambil bagi memberi ruang kepada ahli gabungan memilih presiden baharu untuk memimpin badan induk itu ke tahap yang lebih baik.

"Saya mahu memberikan ruang kepada ahli gabungan untuk memilih presiden yang baru.

"Saya pun sudah enam setengah tahun berkhidmat, jadi saya rasa sudah cukup dan perlu memberi ruang kepada individu lain untuk memimpin persatuan yang besar ini dan membawanya ke mercu yang lebih besar," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram