Polis tembak mati 3 penjenayah di Penampang, dipercayai terlibat aktiviti jenayah, kes bunuh


  • 112
  • Rabu, 04 Dis 2024

Tangkap layar menunjukkan mayat ketiga-tiga penjenayah dibawa keluar oleh pihak polis dari kawasan kejadian.

POLIS menembak mati tiga penjenayah bersenjata api dalam satu insiden berbalas tembakan di Beverly Hill, Penampang, Sabah pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Azmi Abdul Rahim berkata, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di sebuah apartmen di tingkat satu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.13 malam itu, ketiga-tiga suspek lelaki tersebut dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah, termasuk kes bunuh.

BACA LAGI: Jangan susah hati, rekod pertemuan antara sebab Sabah FC tidak mungkin 'dicakar' The Cats

BACA LAGI: KL ‘bersalji’, jangan lepaskan peluang bercuti di ibu negara

“Ketika serbuan dibuat, berlaku tembak menembak antara ketiga-tiga suspek dengan pasukan serbuan.

“Bagaimanapun pasukan serbuan berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah terbabit,” katanya.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian.

“Ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit beberapa kes jenayah termasuk kes bunuh di Sarawak,” ujarnya.

Sepasukan Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram