Bank Rakyat tawar moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir


  • Bizz
  • Selasa, 03 Dis 2024

Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, Perak, Melaka dan Perlis merupakan lapan negeri yang terjejas akibat banjir tahun ini.

BANK Rakyat menawarkan program bantuan banjir merangkumi moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat banjir.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff, sebagai institusi kewangan Islam yang prihatin, kemudahan moratorium itu dijangka dapat memberikan kelegaan dan mengurangkan beban kewangan pelanggan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bermula sebab minat, pegawai bank akhirnya nekad berhenti kerja demi profesion pengkaji sejarah

BACA LAGI: Lebih RM22.5 juta diperlukan baiki jalan raya terjejas banjir di Kelantan

“Pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran membiayai pembayaran produk yang dilanggan boleh memohon moratorium ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ini termasuk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Rumah-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Pajakan Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Mikro-i, Kad Kredit-i dan pembayaran keuntungan tertunda untuk Pajak Gadai-i.

dalam ceo bank rakyat

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Pelanggan yang terjejas boleh memohon moratorium dengan menghantar e-mel kepada [email protected] dan memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit, jenis pembiayaan dan salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Bagi pemegang Kad Kredit-i Bank Rakyat yang terjejas, pelanggan boleh membuat permohonan melalui e-mel [email protected], hubungi talian hotline pusat kad Bank Rakyat di 03-2693 6880, kunjungi pusat kad Bank Rakyat atau mana-mana cawangan bank. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram