Banjir Kelantan semakin teruk, TNB potong bekalan elektrik di 7 kawasan


  • Primer
  • Khamis, 28 Nov 2024

Banjir di Kelantan memaksa TNB menutup pencawang mereka.

SITUASI banjir semakin teruk di Kelantan dengan ia menyaksikan hampir seramai 30,000 orang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk berlindung.

Dalam masa yang sama, beberapa tempat di Kelantan terputus bekalan elektrik dengan Tenang Nasional Berhad (TNB) menutup sementara beberapa pencawangnya sejak Rabu.

Beberapa kawasan terkesan adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.

BACA LAGI: Lebih 800 sekolah seluruh negara berisiko terjejas banjir

BACA LAGI: [VIDEO] Sering dilanda banjir, penduduk Pantai Timur boleh 'pujuk' kerajaan tiru inovasi pod kapsul

Namun begitu, pada Khamis, TNB mengumumkan penutupan pencawang mereka di tiga kawasan tambahan di Kelantan menjadikan jumlah keseluruhan adalah tujuh.

Tiga kawasan baharu itu adalah Machang, Pasir Mas dan Pasir Putih. Penutupan tersebut akibat kebimbangan terhadap cuaca semakin buruk di negeri itu.

"Setakat jam 8 pagi 28 November 2024, terdapat penambahan 3 pencawang elektrik yang dihentikan bekalan elektrik ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Machang dan Pasir Mas, Kelantan," kata TNB dalam kenyataan mereka.

Banjir di Kelantan semakin teruk dengan kawasan seperti Rantau Panjang sudah dianggap lumpuh akibat kenaikan paras air yang membimbangkan.

Paras air di kawasan tersebut sudah melepasi tahap yang dicatatkan semasa banjir besar melanda negeri itu pada 2014 yang dianggap terburuk dalam sejarah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram