MAJLIS Agama Islam Selangor (MAIS) telah memulakan program pemulihan untuk kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) dengan menggunakan modul khas dikenali sebagai Modul Pendidikan Islam.
Modul ini dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas).