[VIDEO] Hati-hati tauke sekitar Ranau, suspek bertopeng siap bawa beg pecah masuk kedai masih bebas berkeliaran


  • Tular
  • Rabu, 13 Nov 2024

Seorang lelaki didakwa terlibat dalam kegiatan pecah masuk sebuah kedai runcit di Ranau, Sabah baru-baru ini.

SEORANG lelaki didakwa terlibat dalam kegiatan pecah masuk sebuah kedai runcit di Ranau, Sabah baru-baru ini.

Melalui satu hantaran di media sosial, seorang penduduk tempatan memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kejadian di dalam kedai tersebut pada Rabu.

Dalam rakaman itu, suspek dilihat memasuki bahagian dalam kedai sambil memakai topi dan penutup muka bagi menyembunyikan wajahnya.

BACA LAGI: Kisah di sebalik kanvas, wanita Orang Asli suku Cheyenne gigih bantu anak istimewa perluas kreativiti seni

BACA LAGI: Dari Kuala Lumpur ke panggung dunia, soroti kisah kejayaan Bernard Chandran bergelar 'Raja Fesyen Malaysia'

Suspek juga membawa sebuah beg dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan yang dicurinya.

Turut kelihatan, suspek berjaya membuka mesin wang di kaunter dalam beberapa saat dengan menggunakan peralatan seperti besi yang dibawa bersamanya.

Dia kemudian mengambil wang dari mesin tersebut, namun jumlah kerugian yang ditanggung pihak kedai masih belum dapat dipastikan.

Dalam pada itu, penduduk Ranau yang tidak mendedahkan namanya itu berharap orang ramai yang membuka perniagaan di kawasan berkenaan agar berhati-hati susulan penjenayah itu masih bebas di luar sana.

"Kepada pemilik kedai di sekitar Ranau. Mohon tingkatkan keselamatan kedai. Sesiapa yang mengenali suspek mohon untuk memaklumkan," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan kebimbangan terhadap kes kecurian yang dilihat semakin berleluasa.

"Kalau kamu kenal orang ini terus sahaja bawa ke balai. Mari kita bekerjasama untuk menjaga keamanan tempat kita," kata Huzaimi Laibi.

"Menyusahkan orang. Macam semakin menjadi-jadi juga kes rompak di Ranau ini," kata Ardie Zainurin.

Belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram