3,000 peserta meriahkan PTPTN Run 2024, pupuk gaya hidup sihat


  • Primer
  • Isnin, 11 Nov 2024

PTPTN Run 2024 membuka penyertaan kepada golongan kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

SEKITAR 3,000 peserta mengambil bahagian dalam program larian bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengukuhkan ikatan sosial.

Acara larian yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 3 November itu dianjurkan oleh Koperasi Pusat Pungutan Zakat (KoPPZ) manakala penaja utamanya ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dinamakan PTPTN Run 2024, acara itu berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan menampilkan jarak larian sejauh 3 kilometer (km), 5km dan 7km.

BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim

BACA LAGI: Mpox: Tiada pelan segera untuk vaksinasi — Timbalan Menteri Kesihatan

Ahmad Dasuki (front, second from left), Ruji (on his left), Megat Sany (back row, centre), and other guests with a lucky draw winner who won a Modenas Kris MR3 motorcycle.

Ahmad Dasuki (depan, dua dari kiri), Ruji (kiri), Megat Sany (baris belakang, tengah), dan tetamu lain ketika sesi bergambar dengan pemenang cabutan bertuah yang memenangi motosikal Modenas Kriss MR3.

Program larian itu turut membuka penyertaan kepada golongan kanak-kanak, dewasa dan warga emas.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN, ia diadakan bagi menzahirkan penghargaan kepada pelanggannya.

Acara dimulakan dengan perlumbaan berbasikal anjuran DBKL, yang menyaksikan seramai 200 orang mengambil bahagian.

Ia diikuti dengan acara PTPTN Run 2024 oleh Ahli Lembaga Pengurusan agensi tersebut, Datuk Ruji Ubi.

Turut hadir, Ahmad Dasuki Abdul Majid (Ketua Eksekutif PTPTN), Khairulazhar Samsudin (Timbalan Pengerusi KoPPZ), Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian (Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi), Mohd Saufiyuddin Abu Bakar (Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN), ahli lembaga PTPTN lain serta kakitangannya, rakan-rakan strategik dan wakil daripada pelbagai kementerian.

Ahmad Dasuki berkata, larian itu merupakan usaha murni PTPTN untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan orang ramai.

"Berlari bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan emosi dan mental," katanya.

“Saya amat berharap program ini akan menyumbang kepada pembentukan komuniti yang sihat, seterusnya meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan meningkatkan produktiviti negara," ujarnya.

Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti, sesi senamrobik, kuiz, reruai dan cabutan bertuah dengan 10 hadiah bernilai RM10,000. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram