SEBUAH tanah terbiar di Kepong, Kuala Lumpur kini sudah bertukar wajah dengan ia menjadi taman mini untuk kegunaan awam.
Tanah yang terletak berdekatan dengan kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Kepong Setia, Kepong kini berubah menjadi tempat membolehkan orang ramai untuk beriadah.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, projek tersebut dibangunkan menggunakan dana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menelan belanja sebanyak RM676,249.
BACA LAGI: Tuntut rumah pengawal dirobohkan, tindakan Majlis Perbandaran Sibu dipertikai
BACA LAGI: Enam anggota MALBATT Malaysia cedera selamat tiba di Kem Marakah
Pembangunan taman mini itu secara tidak langsung mengusir keluar penjaja haram yang selama ini melakukan aktiviti perniagaan di tanah tersebut.
"Skop kerja termasuklah pembersihan tapak, pemasangan pagar perimeter anti-panjat, tiang bollard, laluan pejalan kaki, bangku, lampu taman, papan tanda kawasan lapang serta penanaman pokok teduhan, pokok renek dan rumput.
"Ia juga terdapat 15 lampu yang dikuasakan oleh sistem solar di taman yang seluas 0.2 hektar itu," ujarnya.
Menurut Lip Eng, terdapat empat taman mini yang ada di Kepong dengan salah satunya adalah bersebelahan kondominium Vista Mutiara yang terletak dekat Kepong Baru.
Dia menggalakan warga Kepong untuk mendekatinya jika terdapat sebarang tanah terbiar di kawasan kejiranan mereka.
Dalam masa yang sama, Lip Eng berjanji untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menukar tanah terbiar ini menjadi taman komuniti atau kemudahan berguna lain untuk memberi manfaat kepada penduduk Kepong. — The Star/MEGAT SYAHAR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram