KESEMUA enam anggota Malaysian Battalion 850-12 (MALBATT 850-12) yang cedera akibat menjadi serangan Israel di Lubnan berjaya dibawa semula ke Kem Makarah.
Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat, kesemua enam anggota yang cedera sudah menerima rawatan yang diperlukan.
Apa yang melegakan adalah lima daripada enam anggota itu hanya mengalami cedera ringan. Mereka tiba di kem tersebut pada sekitar 5.08 petang waktu Lubnan.
BACA LAGI: Nik Nazmi seru korporat jadikan ESG pendekatan holistik lindungi alam sekitar
BACA LAGI: Pasukan Malbatt di Lubnan terkena serpihan letupan serangan Israel, 6 anggota disahkan cedera
Seorang lagi anggota yang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Hamood juga sudah dibenarkan untuk pulang pada 12.01 tengah malam waktu tempatan. Anggota tersebut juga kembali menyertai anggota-anggota lain di Kem Marakah.
Bagaimana pun, ATM mengatakan yang rawatan susulan akan terus diberikan kepada enam anggota tersebut sehingga mereka boleh kembali bertugas seperti biasa selepas pulih sepenuhnya.
Dalam pada itu, ATM tetap akan meneruskan rancangan melakukan pertukaran bala tentera melibatkan MALBATT 850-11 dengan MALBATT 850-12 mengikut perancangan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Berdasarkan perancangan, 219 anggota kumpulan kedua MALBATT 850-12 dijangka akan berlepas pada 10 November sementara bala tentera yang masih berada di Malaysia akan bertugsas seperti biasa sebelum dihantar ke Lubnan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram