USAHA untuk menyantuni golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, pesakit penyakit kronik dan orang tua bukanlah mudah.
Sebaliknya, ikhtiar yang dilaksanakan perlu dipelbagaikan seiring dengan peredaran zaman serta tidak terhad dalam satu kaedah sahaja untuk mengumpul dana bagi membantu golongan tersebut.
Itu usaha gigih dan berterusan yang dilakukan syarikat automotif, Bermaz Motor dalam tempoh sedekad ini demi memastikan kebajikan dan keperluan anak yatim, warga emas dan penghidap pesakit kronik sentiasa terjaga serta terjamin.
BACA LAGI: Kelibat Safee Sali dirindui, Piala Mazda 2023 lebih meriah
BACA LAGI: Trofi Mazda 2024 milik Nurfarahin Husin
Menerusi penganjuran Kejohanan Golf Amal Mazda ke-10 2024 baru-baru ini, Bermaz Motor berjaya mengumpul hampir RM1 juta sumbangan untuk disalurkan kepada Dana Perubatan Mazda (MMF) sebelum diagihkan kepada badan kebajikan.
Tahun ini, sebanyak empat badan kebajikan iaitu Tabung Kebajikan Penyakit Kanser Mount Miriam Pulau Pinang, Pertubuhan Kebajikan Perlindungan Jotti, Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Yatim dan Cacat Perlindungan Selangor, and Pertubuhan Pengurusan Rumah Safiyyah menerima dana daripada MMF.
Penganjuran kejohanan di Glenmarie Golf & Country Club pada 6 November lalu menyaksikan hampir 200 peserta yang bukan sekadar bersaing lapangan golf, tetapi sambil menderma dengan menyaksikan kutipan yang berjaya dikumpul mencecah RM 905,302.
Sebahagian 200 peserta yang menyertai Kejohanan Golf Amal Mazda 2024.
Menariknya, jumlah kutipan kali ini melebihi hasil sumbangan tahun lalu yang berjumlah RM800,000, sekali gus menjadi dana terkumpul paling tinggi dicatatkan sepanjang penganjuran Golf Amal Mazda untuk MMF.
Untuk rekod, MMF yang ditubuhkan pada 2015, bertujuan untuk memberikan bantuan kebajikan meliputi soal kemanusiaan dan perubatan kepada golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia dan telah aktif menyokong komuniti amal seperti rumah orang tua dan rumah anak yatim melalui bantuan kewangan dan acara amal.
Pusat Jagaan Kasih Murni.
Selain itu, MMF juga berperanan membantu pesakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) yang memerlukan rawatan hemodialisis menerusi bekerjasama dengan beberapa pihak antara Prima Merdu Sdn Bhd dan B. Braun Avitum Renal Services (BARS) di 13 pusat dialisis seluruh negara.
Rumah Penyayang Nur Iman.
Antara insiatif lain yang diusahakan MMF termasuk menyokong daya kebajikan kemasyarakat yang dipilih dengan teliti bagi memastikan setiap dana yang digunakan memberi impak yang cukup bermakna kepada penerima.
Malah pada 2018 lagi, Bermaz Motor tampil dengan cara tersendiri mencari dana dengan memperkenalkan Kad Keistimewaan Mazda (Mazda Privilege Card atau MPC) yang mana yuran pendaftaran RM100 akan terus disumbangkan kepada MMF bagi memperkukuh usaha kebajikannya.
Pusat Jagaan Nurul Jannah.
Pemegang MPC bukan sahaja menyumbang kepada kebajikan malah menikmati potongan harga di pusat servis dan kedai alat ganti Mazda, serta pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dengan komitmen dan sokongan dari pemilik Mazda, penderma dan para penaja, MMF terus memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat yang memerlukan, memupuk budaya amal yang berterusan dalam komuniti Mazda di Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram