SEORANG lelaki dilaporkan maut dalam satu kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan berat yang merempuh kedai makan di tepi jalan pada Isnin.
Kemalangan maut tersebut berlaku di sebuah kedai makan Warung Kak Ma di persimpangan perkampungan Seri Damai Baru, Jalan Kuantan-Maran.
Menurut laporan polis, pihak mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 6.05 petang.
BACA LAGI: Tiada bukti RM94 juta ditemui di rumah bekas menteri — SPRM
Tambahnya, mangsa yang difahamkan merupakan pelanggan warung terbabit disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semasa menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya lagi, mangsa telah dibawa ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut, manakala rakannya menerima rawatan di hospital sama.
"Mangsa dibawa ke Unit Forensik HTAA Kuantan untuk siasatan lanjut, manakala mangsa mengalami kecederaan dibawa ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram