
BARU-baru ini, tular video memerang melintasi laluan di lapangan terbang dan ia dikatakan dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di Sabah.
Namun, kehadiran haiwan tersebut di kawasan landasan lapangan terbang menimbulkan kerisauan dalam kalangan warganet kerana khuathir ia boleh mendatangkan bahaya.
Jurucakap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya sudah mengambil maklum berkenaan video itu dan ia sememangnya dirakam di KKIA.
Video berdurasi 33 saat itu dimuat naik di YouTube oleh pengguna bernama OswaldOriginal dengan tajuk "Big Land Otters Running Wild at Kota Kinabalu Airport 20 Oct 2024".
Dalam video itu, sekumpulan memerang dilihat melintasi kawasan landasan untuk menuju ke kawasan hijau.
Salah seekor memerang itu berhenti sebentar dan berdiri untuk memeriksa ancaman sebelum kumpulan itu meneruskan perjalanan.
Rakaman video memerang melintasi laluan di lapangan terbang KKIA yang menjadi tular.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (SWD) Sabah, Roland Niun berkata, pasukannya telah meneliti klip video itu dan nampaknya ia dirakam di dalam kawasan bandar.
"Kami tidak menerima sebarang aduan daripada KKIA atau Malaysia Airports Holdings Berhad.
"Lapangan terbang amat sensitif terhadap kehadiran haiwan di landasan, malah burung.
Bagaimanapun katanya, SWD belum dimaklumkan mengenai sebarang kemunculan haiwan itu setakat ini.
Memerang dilindungi di bawah Jadual 2 Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.
Dalam kejadian sebelum ini, seorang wanita diserang memerang ketika sedang berjoging di Taman Perdana di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. — The Star/ SANDRA SOKIAL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram