
SURUHANJAYA Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengemaskini penyelerasan gaji minimum bagi jawatan kerajaan pada 1 Disember 2024.
Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, ia sejajar dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menetapkan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500.
SSPA yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) itu berkuat kuasa pada tarikh sama.
BACA LAGI: Pentingnya simpanan ibu bapa, pelajar yatim piatu di UiTM dapat 'survive' hingga akhir semester
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertindak sebagai penggubal dasar sudah menetapkan tarikh pelaksanaan SSPA berdasarkan pekeliling tersebut.
"SPA akan mengemas kini sebarang maklumat yang terdapat di laman sesawangnya,' katanya.
Ahmad Jailani juga menjelaskan bahawa SPA setakat ini sudah menerima kira-kira 1.14 juta permohonan jawatan kosong dalam perkhidmatan itu.
Ia sekali gus menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan orang ramai untuk berkhidmat sebagai penjawat awam. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram