SEORANG artis wanita antara enam rakyat Malaysia yang ditahan kerana didakwa memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand pada Jumaat.
Memetik Harian Metro, kesemua mereka yang berusia 25 hingga 32 tahun itu ditahan pada pukul 6 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.
Polis Thailand turut merampas 6,000 biji pil kuda yang ditemukan dalam tangkap itu.
BACA LAGI: Cita rasa Melaka, 5 destinasi 'syurga makanan' goda selera
BACA LAGI: [VIDEO] Tanda krisis iklim? Gunung Fuji kali pertama tak 'berselimut' salji dalam tempoh 130 tahun
Difahamkan, dua daripada mereka masuk ke Thailand menggunakan pangkalan haram manakala empat lagi masuk menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Sumber turut menyatakan bahawa kesemua yang ditahan dikatakan ke hotel berkenaan untuk berhibur sempena cuti umum Deepavali.
"Dua lagi lelaki yang identiti mereka tidak dikenali bagaimanapun dapat melarikan diri sejurus bilik berkenaan diserbu.
"Wanita yang ditahan itu adalah artis tempatan Kelantan," katanya.
Menurut sumber, kesemua individu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk direman.
Difahamkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan turut dimaklumkan berkaitan penahanan enam rakyat Malaysia dari Kelantan itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram