[VIDEO] 'Ada snuker, siap jual ketum campur coke', KPDN Perak gempur kedai haram warga asing di Teluk Intan


  • 112
  • Sabtu, 02 Nov 2024

10 warga asing ditahan selepas didapati menjual tanpa lesen di Teluk Intan, Perak pada Jumaat. 

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menahan 10 warga asing selepas didapati menjual tanpa lesen di Teluk Intan, Perak pada Jumaat.

Menerusi hantaran di laman TikTok, Pengarah KPDN, Datuk Kamalludin Ismail menjelaskan bahawa penahanan dibuat selepas pelbagai kesalahan direkodkan ketika pemeriksaan dilakukan.

Lebih merunsingkan apabila terdapat kedai yang berani menjual daun ketum selain meletakkan banyak tempat snuker di dalam kedai runcit.

"Semua ada dalam kedai awak. Orang lain tak boleh nak cari makanlah macam ini," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi sarkas Rusia masih jadi igauan penonton, penghibur dibelit ular sawa ketika buat persembahan

BACA LAGI: [VIDEO] Sudah 3 tahun berlalu, masih seriau lihat 2 wanita Rusia berpantang maut terjatuh buaian setinggi 1,920 meter

Difahamkan, proses memasak daun ketum juga dilakukan di bahagian belakang premis yang dijual setiap hari kepada pelanggan pada harga RM15.

"Siap campur dengan air coke," kata Kamalludin yang terkejut dengan tindakan itu.

Selain itu, Kamalludin berkata, barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 juga didapati dijual tanpa lesen.

"Itu barang kawalan, kena ada lesen. Kalau tak ada lesen, salah," tegasnya.

Kamalludin turut menegaskan kepada peniaga tentang perlunya mematuhi undang-undang di Malaysia jika mahu melakukan urusan jual beli.

"Kepada peniaga lain, jadikan contoh. Jangan suka-suka buat perjanjian dengan warga asing tetapi kemudian lepas tangan," tegasnya.

Difahamkan, KPDN Perak juga akan terus melakukan pemeriksaan ke atas kedai lain bagi memantau semua aktiviti perniagaan yang dijalankan. ― Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram