SEORANG penghibur sarkas Rusia maut selepas seekor ular besar mencekiknya dalam pertunjukan secara langsung di Rusia.
Video kejadian yang berlaku pada 3 Mei 2019 itu kembali tular selepas ia dimuat naik di media sosial pada Sabtu.
Menerusi rakaman tular berkenaan, lelaki itu terjatuh dalam keadaan berlutut sebelum terbaring selepas ular jenis sawa atau ular boa mula membelit lehernya dengan ketat.
BACA LAGI: Alami menopaus tapi masih ada darah keluar, waspada anda mungkin ada simptom kanser rahim
Pada awalnya, penonton menyangka ia hanyalah sebahagian daripada persembahan, tetapi situasi bertukar tegang apabila melihat lelaki itu terjatuh dalam keadaan berlutut sambil melambai-lambaikan tangannya bagi meminta pertolongan.
Dilihat, pergerakan tangan lelaki itu semakin lama semakin lemah ketika persembahan itu disaksikan di hadapan orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Turut kedengaran, suara terkejut datang dari arah penonton apabila mereka menyedari bahawa penghibur itu berada dalam situasi bahaya.
Anggota pasukan sarkas akhirnya datang untuk menarik ular itu daripadanya, namun pada ketika itu lelaki tersebut kelihatan sudah mengalami kecederaan yang serius.
Pegawai keselamatan berjaya melepaskannya dari cengkaman ular itu, namun dia didapati meninggal dunia.
Dan pastinya, selepas mengetahui penghibur tu mati dibelit, penonton terbabit dibayangi igauan ngeri walaupun kejadian sudah berlaku lima tahun lalu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram