SEORANG pemilik kenderaan cemas apabila cubaan untuk memecah masuk keretanya berlaku sebanyak dua kali dalam kejadian di Kampung Tapang, Kota Bharu, Kelantan pada pukul 3.20 pagi Isnin.
Menurut hantaran di media sosial, Nikmdhizwan berkata, cubaan kali pertama berlaku sekitar pukul 2.25 pagi pada 16 Oktober lepas.
Dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik, Nikmdhizwan meminta orang ramai mengesan pelaku yang bertindak tidak bermoral itu.
“Cubaan kali kedua selepas 12 hari suspek gagal,” katanya.
BACA LAGI: Tangkas memanah guna busur tradisional, Muhammad Khalif hidupkan sunnah Rasulullah di zaman moden
Pencuri itu dipercayai dapat memasuki kawasan beranda melalui pagar belakang rumah.
Turut kelihatan, suspek berlari lintang-pukang dan melompat pagar rumah selepas pemilik menyedari tindakan yang cuba dilakukan itu.
Nikmdhizwan memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat, namun pelaku gagal dikesan kerana cap jari yang sukar diperoleh.
“Dah buat laporan, tetapi katanya cap jari susah nak kesan. Telefon suruh datang malam pun tak sampai-sampai,” katanya.
Nikmdhizwan turut berharap orang ramai agar lebih berwaspada supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku kepada orang lain.
“Hati-hati ya semua, jangan lupa periksa pintu kereta,” tulisnya.
Dalam ruangan komen, seorang pengguna, Sue Anne berkongsi pengalaman serupa.
“Dekat kawasan rumah kakak saya juga. Pernah kena... kereta dia cuba digeledah penyamun. Kebetulan dia pun terlupa nak kunci kereta malam itu. Nasib baik tiada apa-apa kehilangan berlaku,” tulisnya.
“Tak mustahil suspek akan datang kali ketiga,” tulis Mayjunetahir.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kes terbabit. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram