PENGELUARAN daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan menunaikan haji tidak dibenarkan kerajaan dalam usaha memastikan ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM240,000.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, Akaun 1 yang juga dikenali sebagai Akaun Persaraan digunakan bagi simpanan persaraan yang terdiri daripada 75 peratus caruman.
"Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 55 tahun demi keperluan dan kesejahteraan hidup pada hari tua. Namun, ahli turut dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi tujuan lain.
BACA LAGI: Butiran cadangan skim caruman KWSP pekerja asing perlu dijelaskan — Papa
BACA LAGI: 2.3 juta rakyat Malaysia termasuk pekerja asing dapat manfaat mekanisme terbaharu KWSP
Pencarum tidak dibenarkan mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP.
"Ini termasuk tujuan perumahan, insurans hayat, penyakit kritikal, pendidikan, kesihatan (penyakit kritikal dan kesuburan) serta pengeluaran pada umur 50 tahun melalui Akaun Sejahtera.
"Akaun Fleksibel turut diwujudkan bagi membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dia berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) sama ada kerajaan bersedia membenarkan pencarum KWSP yang terpilih untuk menunaikan haji mengeluarkan simpanan mereka sebelum usia persaraan.
Mengulas lanjut, Lim menjelaskan bahawa sejak diperkenalkan pada 2013, seramai 6,070 permohonan pengeluaran Haji daripada Akaun Sejahtera diluluskan.
Hui Ying menjelaskan perkara itu selepas disoal sekiranya kerajaan bersedia membenarkan permohonan sedemikian.
"Ia membabitkan jumlah amaun pengeluaran sebanyak RM16.7 juta, bersamaan purata RM2,759 bagi setiap permohonan," katanya.
Katanya, pelbagai langkah dan inisiatif dijalankan KWSP bagi membantu ahli mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan mereka.
"Setakat Ogos 2024, seramai 263,000 atau 3.3 peratus daripada jumlah ahli aktif formal KWSP mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus pada bila-bila masa.
"Pada tahun 2024, seramai 872,000 ahli atau 10.2 peratus daripada ahli aktif telah membuat caruman sukarela setakat 31 Ogos 2024, dengan jumlah amaun caruman sebanyak RM9.39 bilion," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram