PENGEMBARA atau pelancong seharusnya memilih pemandu pelancong yang berlesen dan memiliki pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi untuk memberikan pandangan serta bantuan yang berharga sepanjang perjalanan.
Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Pulau Pinang, Clement Liang menjelaskan selain daripada melalui latihan asas selama 500 jam, setiap pemandu pelancong perlu lulus peperiksaan rasmi dan melengkapkan ujian pengesahan selepas dua tahun.
“Setiap tahun, mereka mesti menghadiri sekurang-kurangnya tiga sesi latihan bagi memastikan diri pemandu pelancong mendapat perkembangan terkini,” katanya.
Liang menjelaskan, pemandu pelancong tidak berlesen mungkin kurang berpengetahuan untuk mengendalikan situasi kecemasan.
Berikutan insiden melibatkan dua pelancong China yang maut dalam kereta selepas melawat Rumah Agam Pinang Peranakan baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, angin kencang telah menyebabkan kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk di Lebuh Gereja, Lorong Perak, Church Street Peranakan, Jalan Titi Kerawang, Anson Road Pulau Pinang, Scotland Road dan Mount Erskine.
Keadaan tersebut mengakibatkan mangsa tersepit di dalam kenderaan yang dihempap sebatang pokok yang tumbang bersama runtuhan konkrit.
Pemandu kenderaan itu yang mendakwa dirinya rakan kepada mangsa dipercayai berkhidmat sebagai pemandu pelancong tidak bertauliah dan telah melarikan diri tanpa sebarang kecederaan.
Liang berkata, banyak lawatan dan perkhidmatan pemandu pelancong tanpa lesen diiklankan di media sosial termasuk beberapa platform pelancongan antarabangsa terkenal.
“Selalu risiko pasti ada jika menggunakan perkhidmatan tidak berlesen termasuk kekurangan akauntabiliti semasa kecemasan dan tiada liabiliti untuk kerugian atau kecederaan.
"Walaupun beberapa pemandu tidak berlesen mungkin menawarkan dan memiliki sentuhan peribadi, mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi untuk mengendalikan kecemasan.
"Tambah pula berkhidmat sebagai pemandu pelancong tidak berlesen adalah salah di sisi undang-undang." katanya. ― The Star/ LO TERN CHERN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram