
KERAJAAN bercadang untuk menyemak semula kadar pelepasan cukai pendapatan individu bagi perkara berkaitan aktiviti sukan dan penjagaan kesihatan warga emas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah perluasan pelepasan itu melibatkan lima kategori dengan pertama, pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh ibu bapa diperluas untuk meliputi kos pemvaksinan.
Kedua, pelepasan cukai perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan diperluas kepada ibu bapa.
BACA LAGI: Belanjawan 2025: Peruntukan RM600 juta buat Nadma hadapi musibah banjir
Anwar berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Ketiga, pelepasan cukai perbelanjaan rawatan perubatan bagi ibu bapa turut merangkumi datuk dan nenek.
Keempat, pengecualian cukai pendapatan individu ke atas elaun penjagaan anak diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek.
Kelima, potongan cukai tambahan bagi majikan yang membayar elaun penjagaan anak turut diperluas meliputi penjagaan warga emas iaitu ibu bapa, datuk dan nenek.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Belanjawan kali ini merupakan yang ketiga dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram