Tak faham e-mel antara punca masalah komunikasi di pejabat, buang masa dan tenaga rakan sekerja


  • Sihat
  • Sabtu, 05 Okt 2024

Segelintir orang susah untuk mentafsir sesuatu mesej yang disampaikan individu lain sewaktu bekerja.

GENERASI bekerja dari rumah telah mendorong ramai pengurus untuk mempersoalkan cara kita berkomunikasi di tempat kerja.

Bukan mudah untuk menyampaikan mesej kepada rakan sekerja atau atasan sama ada secara lisan atau bertulis.

Situasi itu boleh memberi kesan buruk terhadap produktiviti pekerja dan prestasi syarikat secara umum.

BACA LAGI: Komtar, Ferringhi Bay dan Bukit Bendera antara 5 'healing spot' terbaik di Pulau Pinang

BACA LAGI: [VIDEO] Asyraf Wajdi terjah lagi kolej MARA, kali ini buat 'ujian' tasmik

6055625049949454758

Pekerja menghabiskan masa bersendirian di tempat kerja mereka walaupun di pejabat. — Gambar hiasan/ Agensi

Menurut kajian Atlassan, sebilangan besar golongan profesional di seluruh dunia menggunakan alat komunikasi bertulis di tempat kerja seperti e-mel, perkhidmatan mesej segera (seperti Slack, Teams) atau alat dokumentasi.

Walaupun semakin ramai pekerja kembali ke pejabat, mereka tidak semestinya berkomunikasi secara bersemuka dengan rakan sekerja masing-masing.

Kajian yang dibuat oleh Unispace menunjukkan bahawa kebanyakan pekerja menghabiskan masa bersendirian di tempat kerja mereka walaupun di pejabat.

Jadi tidak menghairankan apabila 44 peratus responden dalam kajian Atlassian menunjukkan bahawa dengan cara menulis merupakan cara utama mereka berkomunikasi.

Namun, 61 peratus pekerja di pejabat berpendapat bahawa komunikasi bertulis mudah disalah tafsir.

Ini disebabkan oleh pekerja yang semakin kurang meluangkan masa untuk merangka mesej yang dihantar kepada rakan sekerja.

Mesej tersebut juga sering dipenuhi dengan singkatan seperti 'ASAP' (secepat mungkin), 'FYI' (untuk makluman) dan 'TBC' (akan disahkan) demi kecekapan.

Namun, jika mesej ditulis dengan tergesa-gesa, maklumat penting mungkin terlepas.

Akibatnya, satu e-mel yang hanya mengandungi beberapa ayat boleh menyebabkan rakan sekerja lain tertanya-tanya maksud di sebalik mesej tersebut dengan mengambil masa berjam-jam bagi memahaminya.

6055625049949454757

Kebanyakan pekerja menghabiskan masa bersendirian di tempat kerja.

Sepertiga daripada pekerja yang diselidik oleh Atlassian menyatakan bahawa mereka membuang masa lebih 40 jam setahun hanya untuk mentafsir mesej rakan sekerja.

Ketua Atlassian’s Teamwork Lab, Molly Sands berpendapat bahawa hal itu adalah isu besar untuk operasi sesebuah perniagaan.

"Dalam masa pekerja sedang memikirkan maksud mesej rakan sekerja atau apa yang diminta oleh pengurus mereka, mereka sebenarnya boleh menyelesaikan tugas penting," katanya.

Untuk mengelakkan pembaziran masa dan tenaga ini, adalah penting untuk memikirkan cara menyampaikan mesej dengan jelas.

E-mel sesuai untuk menghantar lampiran dan menyusun pelan tindakan, manakala mesej segera lebih sesuai untuk perkongsian maklumat pantas seperti perubahan masa mesyuarat.

6055625049949454768

Berkomunikasi menggunakan telefon merupakan cara terbaik untuk memahami sesuatu mesej.

Sementara itu, membuat panggilan telefon adalah cara terbaik untuk menerangkan situasi atau masalah secara lebih subjektif.

Jika anda memilih komunikasi bertulis, pastikan anda menghormati peraturan tatabahasa dan ejaan.

Bahasa mesej ringkas mungkin tidak difahami oleh semua orang di tempat kerja.

Contohnya, mungkin ada sesetengah orang tidak suka melihat satu atau lebih tanda seru dalam mesej profesional, manakala yang lain melihatnya sebagai cara menambah emosi.

Namun, emoji lebih diterima secara umum; 78 peratus pekerja pejabat menyatakan mereka lebih cenderung mengabaikan mesej yang tidak mengandungi emoji.

Pekerja generasi Z sangat menerima penggunaan emoji dengan 68 peratus daripada mereka berasa lebih bermotivasi apabila mesej mereka mendapat reaksi emoji. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram