SEORANG lelaki berang apabila masalah air bertakung yang sudah lama berlaku di sekitar kawasan persimpangan berhampiran Majlis Bandaraya Seremban (MBS) belum diselesaikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.
Menerusi hantaran di laman X, seorang pengguna, @update11111 menegaskan bahawa isu terbabit mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
"Takkan nak tunggu ada yang kemalangan sampai meninggal dunia baru nak ambil tindakan," katanya.
Dalam rakaman tersebut, turut dilihat seorang lelaki mengadu tentang keadaan jalan berkenaan.
"Dah berapa lama air bertakung di sini tetapi PBT langsung tak buat apa," katanya.
Menerusi rakaman yang sama, lelaki berkenaan turut menampilkan bukti tentang seorang anggota polis yang terjatuh akibat terlanggar air yang bertakung di kawasan itu.
"Tengoklah, hari ini polis pun jatuh. Kenapa jadi begini? persoalnya menerusi rakaman video.
Susulan itu, dia menggesa agar PBT mengambil tindakan segera agar tiada pengguna jalan raya yang lain yang menjadi mangsa masalah itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berharap adanya tindakan segera diambil.
"Orang biasa kalau kemalangan memang tiada yang mahu peduli, tolonglah bertindak," kata Araauni.
"Kesian kalau ada mangsa lain yang kemalangan disebabkan air bertakung ni...," kata Vladhslaf.
Setakat ini, belum ada kenyataan daripada MBS selain keadaan mangsa juga tidak dapat dipastikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram