Tiada rancangan tutup premis GISB — Datuk Bandar KL


  • Primer
  • Khamis, 03 Okt 2024

DBKL tidak bercadang untuk mengarahkan premis GISB di Kuala Lumpur ditutup.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak bercadang untuk mengarahkan premis Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) di Kuala Lumpur ditutup, kata Datuk Bandar, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

"Kami tidak mendapat sebarang arahan untuk menutup premis itu. Siasatan polis masih diteruskan," katanya pada sidang media pada Khamis.

Maimunah berkata demikian ketika ditanya sama ada DBKL akan menutup premis milik GISB, sambil menambah bahawa penutupan sedemikian bergantung kepada arahan yang diterima.

BACA LAGI: Kanak-kanak, wanita antara lebih 10 individu diperiksa dalam serbuan di pusat komersial GISB Rawang

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa budak lelaki kena rotan di rumah amal GISB buat laporan polis

"Jika kami mendapat arahan untuk menutup premis itu daripada pihak atasan, kami akan memberi kerjasama sepenuhnya," katanya.

Pada 28 September lepas, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan bahawa kerajaan Selangor telah mengarahkan semua premis GISB di negeri itu ditutup dan semua aset syarikat itu dirampas.

Pada 11 September lepas, menerusi Op Global, polis menyerbu 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB atas dakwaan aktiviti eksploitasi kanak-kanak dan agama.

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB telah ditahan dan 572 mangsa telah diselamatkan. — TheStar/JAROD LIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL...