Belum tahu terselamat, 2 budak termasuk bayi malang hanyut dalam banjir di Sook


  • 112
  • Rabu, 25 Sep 2024

Usaha mencari dan menyelamat yang melibatkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta penduduk kampung masih diteruskan.

PASUKAN penyelamat kini meneruskan usaha mencari dua kanak-kanak termasuk seorang bayi yang hilang akibat kejadian banjir di pedalaman Sook, Keningau, Sabah.

Kedua-dua mangsa, masing-masing kanak-kanak berusia dua tahun dan bayi baru berusia dua bulan, difahamkan telah dihanyutkan banjir kilat yang melanda rumah mereka di Kampung Dalit Sook pada petang Selasa.

Bayi berkenaan merupakan antara tujuh mangsa yang hanyut, manakala lima individu lain berjaya menyelamatkan diri.

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa terjejas banjir di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis melonjak naik 4,223 orang

BACA LAGI: MB minta rakyat Kedah patuh arahan, SOP berpindah ke PPS elak tercicir bantuan banjir RM1,000

SOOK

Yampil Garai mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.32 malam.

Pihak berkuasa masih belum mendedahkan butiran penuh mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.06 malam, dan pasukan penyelamat hanya berjaya tiba di lokasi pada pukul 3 pagi.

Usaha mencari dan menyelamat yang melibatkan pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta penduduk kampung masih diteruskan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Garai mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.32 malam.

Maklumnya, kedua-dua kanak-kanak itu masih hilang, manakala ibu bapa mereka yang cedera kini menerima rawatan di hospital daerah. — The Star/STEPHANIE LEE DAN SANDRA SOKIAL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram