Akta Kawalan Produk Merokok berkuatkuasa 1 Oktober


  • Primer
  • Rabu, 25 Sep 2024

Rokok elektronik juga termasuk dalam Akta 852 yang akan berkuatkuasa pada 1 Oktober depan.

AKTA Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan berkuatkuasa pada 1 Oktober, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

"Akta ini merangkumi peraturan mengenai pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan, dan larangan merokok di tempat awam.

"Peraturan dan perintah yang akan dikuatkuasakan termasuk rokok elektronik," kata kementerian itu dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa (24 September).

BACA LAGI: Mayat kedua ditemukan di Rawang Bypass, ramai desak pasang CCTV

BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Nazmi, ada lagi pengadil Malaysia pernah dapat pujian dari negara jiran

Pada Mei lalu, Dr Dzulkefly berkata, bahawa kementerian akan menguatkuasakan sepenuhnya Akta ini pada Jun untuk menangani peningkatan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan golongan muda.

Kementerian sebelum ini telah menerima kritikan kerana tanpa penguatkuasaan Akta 852, peraturan untuk melarang penjualan vape kepada golongan bawah umur tidak dapat dikuatkuasakan.

Ini berlaku selepas perintah untuk mengeluarkan nikotin yang digunakan dalam vape dan rokok elektronik daripada bahan terhad di bawah Akta Racun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram