Khairuddin diarah lepaskan jawatan Ketua Pengarah J-Kom


  • Primer
  • Selasa, 24 Sep 2024

Khairuddin (kanan) ketika bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berhubung lantikannya sebelum ini.

KETUA Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd Khairuddin Othman telah diarahkan untuk melepaskan jawatan itu serta-merta.

Perkara itu disahkan sendiri oleh bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor selepas perkhidmatannya hanya bertahan selama enam bulan.

Bagaimanapun, Khairuddin tidak mendedahkan punca arahan melepaskan jawatan tersebut dikeluarkan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Hai Shin Tae-yong', bekas peledak gol Terengganu FC tawar diri sarung jersi Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Tentera Israel serang lebih 1,100 sasaran Hezbollah, angka korban meningkat cecah 500 orang

"Ya... memang benar," katanya ketika dihubungi The Star.

Beliau enggan mengulas lanjut, dengan menyatakan bahawa sebab penamatan perkhidmatannya akan dijelaskan oleh Kementerian Komunikasi.

Sebelum ini, Khairuddin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras telah menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusoff yang bertindak meletakkan jawatan pada 15 November tahun lalu.

Agus meletak jawatan selepas tular satu klip video yang menunjukkan beliau berbual mengenai perkara tidak senonoh dengan lelaki lain di media sosial.

Beliau menafikan dakwaan bahawa dirinya ialah salah seorang lelaki dalam klip video tersebut, dan mendakwa difitnah.

Agus kemudian meletak jawatan dari Ketua Pengarah J-Kom, dengan alasan menerima tawaran pekerjaan baharu.

Khairuddin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Modal Insan Selangor dari 2018 hingga tahun lalu. — The Star/MARTIN CARVALHO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram