
BEKAS Ketua Komunikasi Umno, Tan Sri Hussein Ahmad meninggal dunia pada usia 90 pada Jumaat.
Veteran Umno itu meninggal dunia di kediamannya dekat Kampung Lemal, Pasir Mas, Kelantan.
Menurut cucunya, Mohamad Radzuan Rosli, 34, Hussein yang dikenali sebagai 'Hussein Serama' meninggal dunia selepas lama menderita penyakit parkinson.
BACA LAGI: Tengku Zafrul ada 5 formula martabat semula Umno, menangi hati pengundi
BACA LAGI: 'Rakyat sedang menilai kita', Tengku Zafrul seru ahli Umno bersatu padu
Radzuan berkata datuknya itu sudah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian seminggu yang lalu selepas mengalami sesak nafas.
Hussein dilaporkan meninggal dunia pada 7 pagi di sisi keluarganya dengan mayatnya akan dikebumikan dekat Tanah Perkuburuan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas selepas solat Jumaat.
Sepanjang karier politiknya, Hussein pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan dari 1978 hingga 1982.
Malah, dia juga menjadi Ketua Komunikasi Umno selama 14 tahun dari 1982 hingga 1999.
Di peringkat Persekutuan, Hussein pernah menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari 1987 hingga 1990. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram