Penduduk berhampiran terkejut rumah amal GISBH di Selangor, Negeri Sembilan diserbu polis


  • Massa
  • Khamis, 12 Sep 2024

Seramai 402 kanak-kanak diselamatkan pihak polis hasil serbuan di beberapa buah rumah amal sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. — Foto PDRM

PENDUDUK di beberapa daerah sekitar Selangor dan Negeri Sembilan akui terkejut apabila pihak polis melakukan serbuan di beberapa rumah kebajikan yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Berdasarkan perkongsian mereka, terdapat kehadiran anggota polis sekitar rumah kebajikan itu pada Rabu, namun masing-masing tidak menyangka terdapat operasi akan dilancarkan.

Salah seorang penduduk di Rasah, Negeri Sembilan berkata, dia ada ternampak kelibat pasukan polis sekitar kawasan perumahan pada awal pagi dengan sebuah bas diparkir sekitar pukul 7 pagi Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] GISB nafi dera, eksploitasi kanak-kanak di Selangor dan Negeri Sembilan

BACA LAGI: Penduduk lega, DBKL lulus pelebaran jalan di Kepong

A total of 402 children were successfully rescued as a result of police raids on 20 charity houses believed to belong to a religiously motivated business group around Selangor and Negeri Sembilan on Wednesday. Photo PDRM

Keadaan salah sebuah rumah kebajikan yang dikaitkan dengan GISBH. — Foto PDRM

"Kebiasaanya, terdapat aktiviti dilakukan di rumah kebajikan itu, tetapi kali ini, ia sedikit berbeza," katanya.

Penduduk yang merupakan seorang lelaki enggan dikenali itu turut berkata, penghuni di rumah kebajikan yang sudah beroperasi sejak sekian lama itu kebanyakannya kanak-kanak perempuan.

Mereka kemudiannya dibawa keluar dari premis menggunakan bas pihak berkuasa sementara kediaman itu disita.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, dia masih belum menerima sebarang laporan mengenai kes itu.

"Jabatan Kebajikan Negeri masih belum memperolehi kemas kini mengenai kes tersebut, kami akan memaklumkan pihak media sekiranya terdapat sebarang perkembangan," katanya.

A total of 402 children were successfully rescued as a result of police raids on 20 charity houses believed to belong to a religiously motivated business group around Selangor and Negeri Sembilan on Wednesday. Photo PDRM

Gerakan tersebut dilaporkan terlibat dengan aktiviti seksual terhadap kanak-kanak. — Foto PDRM

Sebuah kedai makanan yang dipercayai terlibat dengan rumah kebajikan itu juga difahamkan sudah ditutup.

Perkongsian mengenai situasi itu turut dikongsikan di media sosial dengan seorang pengguna dikenali sebagai Nurul berkata, terdapat kehadiran pihak polis secara besar-besaran di luar premis berkaitan kumpulan berkenaan.

"Pada kira-kira pukul 6.40 pagi, saya ternampak lebih daripada 10 anggota polis di hadapan salah sebuah sekolah," katanya.

Malah, ada juga yang memuji tindakan pantas pihak berkuasa dalam membanteras kes tersebut selain mengharapkan mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak terbela.

"Kelihatan ramai pihak polis di lokasi itu dan mereka memberitahu saya tidak boleh memasuki premis itu kerana terdapat sebuah kes sedang berlaku," katanya.

Pada Rabu, beberapa rumah kebajikan dan premis perniagaan dikaitkan dengan GISBH diserbu pihak berkuasa yang membongkar aktiviti seksual dilakukan kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, mereka sudah mengeluarkan kenyataan penafian berhubung perkara itu sambil menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. — The Star/SARBAN SINGH dan GERARD GIMINO

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram