Suspek menyamar anggota PGA di sempadan positif dadah, simpan kenderaan dekat 2 lokasi berbeza di Tumpat


  • 112
  • Khamis, 12 Sep 2024

SEORANG lelaki yang menyamar sebagai anggota PGA Briged Tenggara berjaya dicekup di Taman Sri Neting, Tumpat, Kelantan pada Rabu.

SEORANG lelaki yang menyamar sebagai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya dicekup oleh Batalian 9 PGA di Taman Sri Neting, Tumpat, Kelantan pukul 11 pagi Rabu.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, tangkapan dibuat setelah serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah di kawasan berkenaan.

Difahamkan, pada awalnya, pasukan berkenaan menerima laporan serta maklumat yang dibuat oleh beberapa mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai anggota PGA berada di dalam rumah tersebut.

"Kami juga turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha di rumah yang sama dan sebuah kereta jenis Perodua di lokasi berlainan yang disyaki digunakan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI: Tak sempat pandu kereta hadiah anak, bapa maut lepas cabut 23 batang gigi di China

BACA LAGI: [VIDEO] Ajal penjual makanan goreng, gadis sunti Sumatera ditemukan ditanam tanpa seurat benang

Nik Ros Azhan berkata, anggaran rampasan tersebut RM15,000 dan saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampetamine.

Dalam pada itu, kes disiasat bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyamaran dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram