Malaysia tetap teroka minyak walaupun China tuntut aktiviti perairan di Sarawak dihentikan serta-merta


  • Primer
  • Khamis, 05 Sep 2024

Penerokaan minyak oleh Malaysia kan tetap diteruskan meskipun terdapat tuntutan dari China untuk hetikan aktiviti perairan Sarawak dihentikan. — Agensi

MALAYSIA mengambil langkah untuk meneruskan penerokaan minyak di dalam wilayahnya meskipun terdapat tuntutan daripada China untuk menghentikan serta-merta aktiviti di perairan Sarawak.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meyakinkan bahawa penerokaan yang dilakukan oleh Malaysia adalah di dalam perairan negara namun tetap akan menjelaskan kedudukannya kepada China.

"China adalah rakan kami, tetapi kami perlu beroperasi di perairan ini untuk mendapatkan kelebihan kepadqa kami, termasuk penggerudian di wilayah kami.

"Walaupun Beijing menghantar nota bantahan kerana ia merasakan ia adalah kawasannya, kita perlu meneruskan aktiviti penggerudian kerana ia adalah untuk kelangsungan ekonomi negara kita," katanya pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Beri alasan nak beri hadiah untuk ibu, polis buru lelaki larikan rantai emas di Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Isteri pertama sendiri pergi meminang, Sanusi sahkan kahwin pegawai polis

Anwar menegaskan bahawa hubungan Malaysia dan China akan terus diperbaiki. — The Star

Sementara itu, Anwar yang kini berada di bandar Vladivostok di timur Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9.

Tambahnya, Malaysia dan China sentiasa dapat menyelesaikan percanggahan mereka melalui rundingan dua hala.

"Jika mereka terus mempertikaikan, kita boleh mendengar dan mereka juga perlu mendengar, tetapi ia tidak boleh menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara," jelasnya.

Terdahulu, terdapat dakwaan menyatakan Beijing melalui nota diplomatik menuntut Malaysia menghentikan serta-merta semua aktiviti minyak dan gas di kawasan perairan Sarawak, walaupun kawasan itu terletak dalam wilayah perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram