Wujud sistem pemetaan bawah tanah elak kejadian tak diingini


  • Massa
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Vijayalaksmi yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu mewujudkan sistem pemetaan bawah tanah yang komprehensif untuk infrastruktur dan utiliti bandar, jika ia belum dilaksanakan, kata Institusi Jurutera Malaysia (IEM).

Presidennya, Profesor Dr Jeffrey Chiang Choong Luin berkata, insiden tanah jerlus baru-baru ini yang membabitkan wanita warga India, Vijayalaksmi, 48 tahun di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur menampakkan keperluan mendesak untuk diambil tindakan.

“Ini adalah peluang untuk DBKL memanfaatkan teknologi dan membuat peta infrastruktur bawah tanah di bandar ini.

"Dengan sumber yang betul dan kajian mendalam, bencana masa depan boleh dielakkan.

“Tambahan pula, IEM sedia membantu dalam usaha penting ini, sekiranya DBKL setuju untuk bekerjasama,” ujarnya.

BACA LAGI: Loji IWK Pantai Dalam lokasi harapan terakhir temukan mangsa terjerumus lubang Masjid India

BACA LAGI: PM Anwar arah DBKL jumpa keluarga mangsa terjerumus lubang gergasi dekat Masjid India

Prof Chiang: With the right resources, future disasters can be prevented.

Profesor Jeffrey Chiang berkata, dengan sumber yang betul dan kesungguhan, bencana masa depan boleh dielakkan.

Dengan kekuatan lebih 50,000 anggota, IEM sebelum ini mengeluarkan kenyataan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh dan turut menawarkan kepakarannya untuk membantu usaha itu.

Organisasi itu meminta pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat oleh jurutera profesional yang mempunyai kepakaran dalam reka bentuk, pembinaan dan penyeliaan infrastruktur kritikal untuk mengelakkan insiden sama berulang.

Pada 2020, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ketika itu dipegang oleh Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan mengarahkan kajian antara agensi dengan syarikat utiliti untuk memetakan rangkaian meluas kabel dan paip bawah tanah di ibu negara ekoran berlaku peningkatan jumlah lubang benam.

Nor Hisham juga membuat pendedahan berhubung DBKL telah membangunkan rangka kerja asas untuk menangani isu-isu tersebut, namun cabaran masih ada berikutan infrastruktur yang sudah lama, bahkan ada yang mencecah usia lebih 50 tahun.

Dalam temu bual baru-baru ini, bekas datuk bandar itu menekankan keperluan pemetaan bawah tanah yang komprehensif untuk Kuala Lumpur serta kerjasama yang baik antara agensi.

Another danger zone: The sinkhole found about 50m away from the first incident. — LOW BOON TAT/The Star

Satu lagi mendapan dikesan pada 28 Ogos yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi utama tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Semasa memegang jawatan tersebut, Nor Hisham berkata, beliau menghadapi kesukaran mendapatkan pemetaan bawah tanah yang tepat kerana kurangnya kerjasama daripada syarikat utiliti.

“Salah satu cabaran penting yang kami hadapi ialah mendapatkan syarikat utiliti menyertai proses pemetaan.

"Ramai yang enggan berkongsi data mereka, yang menyukarkan usaha mencipta peta infrastruktur bawah tanah yang komprehensif," katanya.

Nor Hisham juga percaya bahawa data semasa DBKL mungkin tidak tepat kerana rekod tidak dikemaskini dan tidak boleh diguna pakai.

Katanya, perkara itu boleh menyebabkan kelewatan yang tidak dijangka dalam projek pembinaan dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya dan kontraktor.

Beliau memetik contoh projek lampau yang tertangguh, seperti projek tambah baik Bulatan Dato Onn dan projek tebatan banjir Jalan Bangsar yang menghadapi halangan berpanjangan akibat infrastruktur bawah tanah yang sukar dijangka.

Insiden lubang benam di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk dan peniaga di sekitar kawasan itu selepas seorang wanita terperosok dalam lubang berkenaan.

Usaha mencari dan menyelamat pelancong India itu masih giat dijalankan. — The Star/BAVANI M

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram