DBKL tawar diskaun saman sempena Merdeka, Hari Malaysia


  • Massa
  • Rabu, 07 Ogos 2024

DBKL baru-baru ini menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik.

DEWAN Bandaraya KUALA Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas ke atas tunggakan kompaun berkaitan kesalahan trafik dan kesalahan am, mulai 1 Ogos hingga 30 September.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, diskaun itu adalah bersempena dengan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

Bagi kesalahan jalan raya seperti kesalahan letak kereta dan lain-lain, kadar khas yang ditetapkan ialah RM10 (motosikal), RM20 (kereta, MPV dan lori kecil) dan RM50 (bas dan lori).

BACA LAGI: [VIDEO] Lesen peniaga pasar borong KL dibekukan, ‘orang tengah’ kaut untung lebih RM4,000

BACA LAGI: Sudah tiba masa PBT wajibkan peniaga buat permohonan lesen sendiri, bukan guna 'orang tengah'

PLS BLUR out the SIGNBOARD (arabic words and name)DBKL officers removing the chairs and tables during the operation in Chinatown on Saturday.

Kesalahan berkaitan menjaja dikenakan kadar rata RM100.

Kadar rata RM100 dikenakan bagi kesalahan am (aktiviti menjaja, pelesenan dan lain-lain yang tidak melibatkan warga asing).

Walau bagaimanapun, kadar khas tidak terpakai kepada jenis kesalahan berikut:

i. Kesalahan yang telah disenarai hitam.

ii. Kesalahan di bawah undang-undang kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan UUK Pasar Borong (WPKL) 2002.

iii. Kesalahan menggaji mana-mana warganegara asing tanpa permit kerja yang sah di bawah undang-undang kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.

iv. Kesalahan menggaji mana-mana warga asing di bawah undang-undang kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

v. Kesalahan di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003, Akta Hiburan (WPKL) 1992, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, serta kesalahan berkaitan kelulusan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

vi. Notis kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan melalui Seksyen 53 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (kesalahan lorong bas).

Kompaun boleh dibayar melalui aplikasi mudah alih Pay@KL atau di kaunter DBKL. — The Star/SHALINI RAVINDRAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram