KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengharamkan tiga produk kosmetik selepas mengesan racun berjadual di dalamnya dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
KKM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan produk berkenaan adalah GB Night Cream Treatment yang dikesan mengandungi hidrokuinon dan tretinoin; GB Herbal Cream Treatment (merkuri dan betamethasone 17-Valerate) dan Aniqa Night Cream yang dikesan mengandungi tretinoin.
Pembatalan itu dilakukan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) di bawah Kementerian.
BACA LAGI: Hentikan jualan, 5 produk kosmetik beracun dikesan
BACA LAGI: Awas, 4 produk kosmetik beracun dikesan, diarah henti jual serta merta
Menggunakan produk dengan bahan tersebut tanpa pengawasan perubatan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang tidak diingini. — Gambar/Business Today
“Merkuri diharamkan dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan masalah sistem saraf.
"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan atau kanak-kanak kecil. Merkuri boleh menyebabkan ruam, kerengsaan dan perubahan kulit yang lain," menurut kenyataan itu.
Produk yang mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-Valerate dianggap sebagai ubat yang mesti didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan hanya boleh digunakan di bawah nasihat profesional penjagaan kesihatan.
Menggunakan produk dengan bahan tersebut tanpa pengawasan perubatan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang tidak diingini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram