
PENGHARAMAN penjualan aiskrim berperisa Pei Pa Koa berikutan tindakan mencampurkan sirap batuk Pei Pa Koa dalam produk makanan dilarang di bawah Seksyen 13B(2) Akta Makanan 1983 pada 30 Julai lalu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hal itu demikian adalah penting untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan sebelum mengambil sebarang ubat termasuklah ubat herba.
Pei Pa Koa, ubat batuk tradisional Cina yang kelihatan biasa dan mudah diperoleh, namun mengandungi likuoris.
BACA LAGI: KKM larang penjualan aiskrim campur ubat batuk Pei Pa Koat
BACA LAGI: 'Tak pernah lupa makan ubat', keadaan Sathiya makin pulih lepas serangan angin ahmar
Pei Pa Koa, ubat batuk tradisional Cina yang kelihatan biasa dan mudah diperolehi, namun mengandungi likuoris. — Gambar/Mothership
Likuoris boleh memberi beberapa kesan pada tubuh badan terutamanya apabila diambil dalam kuantiti yang banyak. Antara kesannya adalah:
1. Kesan hormon
Likuoris mengandungi glycyrrhizin, yang boleh meniru hormon aldosteron.
Tahap aldosteron yang tinggi boleh menyebabkan pengekalan cecair, hipertensi (tekanan darah tinggi) dan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan.
2. Masalah tekanan darah
Glycyrrhizin boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dengan mengurangkan tahap kalium dan meningkatkan tahap natrium dalam badan.
Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menyebabkan komplikasi seperti preeklampsia.
3. Risiko kelahiran pramatang
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan likuoris dalam kuantiti yang banyak semasa mengandung boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang kerana kesannya terhadap sintesis prostaglandin.
4. Isu pertumbuhan
Terdapat bukti menunjukkan bahawa pengambilan likuoris berlebihan semasa mengandung mungkin menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak.
Hal tersebut dikaitkan dengan masalah kecerdasan dan tingkah laku yang lebih rendah pada kanak-kanak.
Dapat dilihat, bertapa pentingnya kepentingan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan sebelum mengambil sebarang ubat, termasuk ubat herba, semasa kehamilan.
Orang ramai digalakkan agar sentiasa mendapatkan nasihat profesional bagi memastikan kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi. — The Star/LIM EN NI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram