Lesen B1, B2 tidak dinaik taraf ke B penuh secara automatik — Anthony Loke


  • Primer
  • Sabtu, 03 Ogos 2024

Pemegang LMM kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober depan. — Gambar hiasan

LESEN motosikal kelas B1 dan B2 tidak mungkin akan dinaik taraf kepada lesen B penuh secara automatik, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata, individu yang meminta untuk menaik taraf lesen dikehendaki untuk menghadiri kursus dua jam di institut memandu bagi memastikan kelayakan mereka.

Beliau berkata, program peralihan khas itu diperkenalkan selepas mengambil kira pelbagai faktor dengan teliti.

BACA LAGI: Naik taraf lesen motosikal ke B penuh, ramai tanya refund, keliru jamin lulus atau tidak

BACA LAGI: Skim khas benarkan lesen motosikal B1, B2 dinaik taraf ke B penuh — Menteri Pengangkutan

Transport Ministry YB Anthony Loke visiting TBS, Kuala Lumpur to checking the tickets and buses situation during the upcoming Hari Raya festival. —LOW LAY PHON/The Star

Anthony Loke. — The Star

Katanya, program itu disediakan kepada pemegang lesen B1 dan B2, pengalaman lebih 10 tahun yang ingin menaik taraf kepada lesen B Penuh untuk menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan memenuhi syarat tertentu.

"Pemohon mesti bebas daripada sebarang senarai hitam, saman tertunggak, sekatan urus niaga, sabitan jenayah yang serius, atau isu yang belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)," katanya pada Sabtu.

Beliau pada masa sama berkata, pihaknya mengambil kira pengalaman berbanding umur kerana ia adalah keputusan yang praktikal dan tepat.

Menurutnya, jika umur adalah satu-satunya faktor, pemohon yang tidak mempunyai pengalaman atau sejarah memegang lesen B2 mungkin tidak sesuai untuk dinaik taraf.

"Justeru, kami memilih pendekatan yang lebih pragmatik, memfokuskan kepada tempoh pengalaman dengan lesenkan," jelasnya.

Terdahulu, pemegang lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama 10 tahun dan ke atas akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober depan.

Pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan, antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram