Lebih setengah bilion ringgit denda dikenakan ke atas syarikat terlibat kartel —  MyCC


  • Primer
  • Selasa, 30 Jul 2024

14 daripada 18 kes kartel melibatkan penipuan bidaan dalam perolehan kerajaan mencatat nilai kumulatif melebihi RM3.3 bilion.

SURUHANJAYA Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti kewangan lebih RM570 juta ke atas hampir 100 syarikat yang terlibat dalam aktiviti kartel di dalam mana-mana pasaran di negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dalam jawapan bertulis kepada Senator Datin Ros Suryati Alang, memaklumkan, MyCC juga sedang giat melakukan penyiasatan terhadap 18 kes kartel melibatkan lebih 500 perusahaan.

KPDN dalam jawapan lisan di Dewan Negara yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa, 14 daripada 18 kes kartel melibatkan penipuan bidaan dalam perolehan kerajaan dengan nilai kumulatif melebihi RM3.3 bilion.

BACA LAGI: Syarikat bas, pembinaan jamin rasionalisasi subsidi diesel bukan alasan naikkan harga

BACA LAGI: Prosedur tuntut subsidi diesel, KPDN ingatkan simpan resit jika belum terima ‘fleet card’

Bagi memastikan penguatkuasaan yang berkesan dan cekap, KPDN akan membentangkan pindaan Akta Persaingan 2010 (Akta 712) untuk memperkenalkan Rejim Kawalan Penggabungan selain mengukuhkan kuasa dan fungsi MyCC dalam penyiasatan dan penguatkuasaan kartel.

“Rejim ini adalah salah satu mekanisme awal yang terbukti berkesan untuk menghalang syarikat daripada menggunakan transaksi penggabungan atau pengambilalihan pesaing mereka bagi tujuan pembentukan kartel.

"Rang undang-undang pindaan itu dijangka dibentangkan di Parlimen Oktober ini.

Pindaan tersebut dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini," kata KPDN — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram