Tangki air bocor, operasi Menara Komtar terhenti


  • Massa
  • Jumaat, 26 Jul 2024

Menara Komtar menghentikan sementara operasi susulan air bocor melimpah di dalam bangunan tersebut. — Gambar hiasan

OPERASI Menara Komtar, Georgetown, Pulau Pinang terpaksa dihentikan pada pagi Jumaat berikutan air bocor melimpah di dalam bangunan tersebut.

Kebocoran dilaporkan terjadi pada pukul 3 pagi selepas teknikal pam air mengalami masalah menyebabkan tangki air melimpah dan bocor pada aras 27.

Air yang melimpah daripada punca kebocoran itu turut menjejaskan kemudahan lif melibatkan lif zon tengah dan zon atas sehingga terpaksa ditutup.

BACA LAGI: Kes culik Albertine Leo, polis Johor sahkan hanya 5 tangkapan dibuat

BACA LAGI: Polis buru suspek culik dan lepas 2 kanak-kanak perempuan di Sungai Buloh

Screenshot 2024-07-26 123917

Tular gambar di media sosial yang memaparkan pekerja-pekerja terlibat membersihkan kawasan itu. — Facebook

Kakitangan dimaklumkan mengenai isu itu sekitar pukul 8 pagi.

Mereka dinasihatkan untuk bekerja dari rumah, terutamanya mereka yang mengandung, kurang upaya, atau mempunyai masalah kesihatan.

Kawasan yang terjejas dilaporkan tutup bagi kerja-kerja pembersihan. The Star/N.TRISHA

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram