POLIS berjaya mengesan remaja perempuan berumur 17 tahun, Nurul Aishah Farhana Azni di Triang, Pahang kira-kira pukul 12.30 pagi Khamis.
Gadis itu sebelum ini dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Batang Kali, Selangor pada Selasa. Difahamkan, ini kali kedua gadis itu dikesan menghilang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataan pada Khamis berkata, pihaknya berjaya menahan seorang suspek yang dipercayai melarikan remaja perempuan berkenaan.
Menurut beliau, suspek berusia lingkungan 20 tahun merupakan seorang penganggur serta tidak memiliki sebarang rekod jenayah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
MENYUSUL...