
CUACA ekstrem dan kurang taburan hujan menyebabkan sebahagian Taman Tasik Taiping mengering, kata wakil rakyat kawasan itu.
ADUN Pokok Assam, Ong Seng Guan berkata, tasik itu mula kering sejak dua minggu lalu.
"Ia sudah lama tidak hujan. Saya percaya kira-kira 40 peratus daripada tasik itu terjejas.
"Suhu juga telah meningkat agak tinggi, dan ada yang mengatakan suhu mencecah hampir 40 darjah Celsius," katanya.
BACA LAGI: Harga runcit telur gred A, B, dan C turun 3 sen sebiji mula Isnin
BACA LAGI: [VIDEO] Ramai tampil 'bantu' perjelas kelayakan ISO 14001 calon PAS bertanding PRK Sg Bakap
Tangkap layar memaparkan beberapa keping gambar di
Taman Tasik Taiping yang dimuat naik di Facebook.
“Keadaan agak teruk, kerana beberapa air terjun dan sungai berhampiran Bukit Larut juga telah kering.
"Kekeringan Air Terjun Ranting yang boleh kita lihat dari jauh dengan mata kasar menunjukkan betapa seriusnya situasi itu," tambahnya.
Ong berkata Taiping dikenali sebagai bandar paling basah di Malaysia kerana hujan yang kerap. Kali terakhir ia berdepan dengan cuaca kemarau yang serius kira-kira 10 tahun lalu.
“Dan sebelum ini, paras air di tasik dan sungai menurun juga tetapi tidak seteruk sekarang.
Jelasnya, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan mengambil peluang ini untuk melakukan pembersihan di tasik itu termasuk beberapa sungai lain bagi memastikan air dapat mengalir dengan lancar apabila ia kembali normal.
Taman Tasik Taiping tersebut merupakan taman awam pertama Tanah Melayu dan antara taman tercantik di Malaysia yang membawa simbol ketenangan kepada pengunjung dengan pemandangan pokok hujan-hujan berusia lebih satu abad.— The Star/IVAN LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram