KPM kemas kini garis panduan kemasukan guru bahasa Inggeris dari Singapura


  • Primer
  • Isnin, 22 Jul 2024

Fadhlina menjelaskan tentang garis panduan dan mekanisme kemasukan tenaga pengajar subjek Bahasa Inggeris dari Singapura.

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sedang mengemas kini garis panduan dan mekanisme kemasukan tenaga pengajar subjek Bahasa Inggeris dari Singapura, kata menterinya, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata program itu bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

"Ia bukan satu perkara yang asing dan pernah dilaksanakan sebelum ini dengan (melibatkan tenaga pengajar) Amerika Syarikat dan Korea Selatan untuk Bahasa Korea, jadi saya tidak fikir ia perkara yang sukar (untuk dilaksanakan)," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura pada Isnin.

BACA LAGI: 'It's not fair tunjuk bahagia di saat rakyat Palestin menderita', Fazura jelaskan dakwaan rumah tangga bergolak

BACA LAGI: Normah Damanhuri bersengkang mata belajar kecek Kelate demi Jogho

Fadhlina berkata, program itu hasil perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan 17 Ogos ini, Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR berkata, beliau akan memastikan jentera parti itu memberi sepenuh komitmen bagi memastikan kemenangan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.

"Calon sudah pun kita ketahui, Wanita PKR akan memberikan komitmen penuh kepada kempen dan mengatur semua strategi yang saya fikir penting untuk menawan Nenggiri," katanya. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram