Hilang sejak 15 Julai, remaja perempuan ikut kawan satu kereta ditemukan selamat di Kuantan


  • 112
  • Isnin, 22 Jul 2024

Aina ditemukan semasa dia sedang menaiki sebuah kereta bersama rakan-rakannya.

REMAJA perempuan Nur Aina Faqihah yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu, ditemukan selamat di Triang, Kuantan pada Isnin.

Menurut laporan Buletin TV3, bapa remaja terbabit, Sharizan Mohd Daud memberitahu anaknya yang berusia 17 tahun itu berjaya dikesan pada pukul 2:30 petang.

Menurutnya, beberapa orang rakan Aina yang turut mengikuti perkara itu memaklumkan, rakan mereka yang hilang dikesan semasa dia sedang menaiki sebuah kereta dan bertindak untuk mengikut kenderaan berkenaan sehingga ke rumah.

BACA LAGI: Polis Kota Tinggi kesan remaja perempuan berambut perang, hilang sejak Jumaat

BACA LAGI: [VIDEO] 'Budak itu bukan anak saya,' ipar maut 'in real life' wujud di Pulau Pinang

"Dalam kereta tu semua kawan-kawan dia juga, cumanya tak tahu lagi kawan-kawan dia yang mana sebab kami keluarga pun tak dapat jumpa dia lagi jadi tak boleh nak pastikan," katanya.

Screenshot 2024-07-22 200427

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Tambahnya lagi, Nur Aina dibawa ke Balai Polis Triang sejurus selepas dia dijumpai.

"Jadi sekarang ini sedang tunggu mereka bawa balik ke Balai Polis Bentong untuk ambil keterangan. Kami sekeluarga sedang tunggu panggilan polis untuk ke sana," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintan Zaiham Mohd Kahar juga mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Aina Faqihah sekitar pukul 12.15 tengah hari pada 17 Julai lalu.

Lokasi terakhir gadis tersebut dilihat di Kampung Lama, Lurah Bilut, Bentong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram