Hidap kanser usus tahap 4, isteri Wan Saiful meninggal dunia


  • Massa
  • Isnin, 22 Jul 2024

Isteri Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebelum ini dilaporkan menghidap kanser usus tahap empat. — Agensi

DATIN Alena Omar, isteri kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, meninggal dunia pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Mohd Sobri Salleh memaklumkan bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.40 petang, Selasa.

Beliau memuat naik satu perkongsian di laman Facebook.

BACA LAGI: Selain Danish Hakim, 3 lagi tragedi penyokong meninggal di stadium ketika aksi Liga Malaysia

BACA LAGI: Penyokong setia Perak FC meninggal dunialmet

1590113980718

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 2.40 petang Selasa. — Gambar/Agensi

"Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah untuk Allahyarham. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Wan Saiful," kongsinya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut memuat naik berita pemergian Allahyarham.

"Salam takziah buat sahabat seperjuangan kami Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Datin Alena Omar sebentar tadi.

"Saya mendoakan semoga roh Allahyarham tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman," tulis beliau.

Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini pernah memaklumkan bahawa isterinya menghidap kanser usus tahap empat.

Dalam satu video pada 4 Jun lepas, Wan Saiful mengungkapkan bahawa pada ketika itu, keadaan isterinya berada dalam keadaan kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.

Isterinya telah menjalani rawatan kemoterapi sejak tahun 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram