
DATUK Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mohamad Zahri Samingon menafikan pihaknya akan menutup operasi Pusat Sukan PJ Palms di Seksyen 52, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut beliau, kolam renang Pusat Sukan PJ Palms adalah aset yang akan terus dibuka kepada orang ramai.
Beliau berkata, kemudahan kolam renang masih beroperasi sehingga kini dan sebarang spekulasi bahawa ia akan ditutup adalah tidak benar.
BACA LAGI: Apa yang Pan-gon maksudkan dengan bahaya? — TMJ
BACA LAGI: Lepas Pan-gon, Southgate pula buat kejutan tinggalkan England
PJ Palms terletak di Lorong Sultan di Seksyen 52, Petaling Jaya, itu dahulunya merupakan lokasi kelab sukan Syabas. — PJ Palms Sports Centre
“PJ Palms mempunyai kolam renang dan beberapa kedai serta restoran. MBPJ menyewakannya kepada kontraktor utama, Sepang Mekar Sdn Bhd, yang kemudian disewakan kepada pusat renang, kedai dan restoran.
“Walaupun kontrak dengan kontraktor utama tamat, aset akan kekal seperti sedia ada.
“Proses tender telah dijalankan untuk melantik kontraktor utama baharu yang bakal mengendalikan tempat itu.
"Khabar angin yang mengatakan kemudahan renang berkenaan akan ditutup adalah tidak benar," tegasnya.
Tambahnya, mereka yang mempunyai pertanyaan mengenai kolam itu boleh mengunjungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Aset MBPJ atau hubungi talian 03-7954 5986.
Petisyen dalam talian telah dihebahkan oleh kumpulan untuk mendapatkan sokongan orang ramai kerana terdapat cakap-cakap bahawa Pusat Sukan PJ Palms mungkin ditutup.
Pada 14 Julai lalu, satu petisyen telah dihebahkan bagi mendapatkan sokongan orang ramai berikutan terdapat cakap-cakap mengenai pusat sukan itu akan tamat operasi. — The Star/SHEILA SRI PRIYA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram