Waktu kerja fleksibel, kerja dari rumah beri kelegaan para ibu bekerjaya


  • Massa
  • Selasa, 16 Jul 2024

Golongan ibu bekerjaya menghadapi tekanan untuk membahagikan masa di tempat kerja dan meluangkan masa dengan anak-anak. — Gambar hiasan

PENYESUAIAN waktu kerja fleksibel dapat memberi kelegaan kepada para ibu yang bekerja kerana mereka menghadapi kesukaran dalam menyeimbangkan masa antara kerja dan keluarga.

Pegawai pentadbiran, Nur Diyanah Zainuddin, yang juga ibu kepada dua anak itu menyatakan dia mengalami kesukaran dalam membahagikan tenaga dan masa antara tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan pekerja.

"Selepas waktu sekolah dan kerja, saya perlu mengekalkan tenaga untuk rutin malam termasuklah menyediakan makan malam, membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, dan meluangkan masa bersama mereka," kata Diyanah.

BACA LAGI: Trend kerja 3 hari seminggu jejaskan keberkesanan kerja, interaksi sosial

BACA LAGI: Anak trauma lihat ibu kena ikat waktu kecil, kongsi cara jaga pesakit bipolar sampai sembuh

Diyanah, yang berusia 32 tahun itu juga menambah bahawa dia sering berasa bersalah apabila tidak dapat menjaga anak-anaknya ketika mereka sakit disebabkan oleh komitmen kerja yang kadangkalanya memerlukan untuk menghadiri mesyuarat atau disebabkan cuti kecemasan yang terhad, dan tidak dapat bekerja dari rumah," tambahnya.

"Saya juga lega bahawa insurans kesihatan syarikat dapat menampung seluruh keluarga," katanya.

Diyanah berkata, dia mungkin perlu berhenti bekerja untuk meluangkan lebih banyak masa dalam memberi tumpuan kepada perkembangan anak-anaknya, tetapi perlu juga mempertimbangkan kos hidup yang meningkat.

2065765

Diyanah bersama dua orang anaknya. — The Star

Bagi meringankan beban ibu yang bekerja, dia mencadangkan agar syarikat-syarikat mempertimbangkan untuk membenarkan mereka bekerja dari rumah, selain daripada menyediakan pusat jagaan anak di tempat kerja.

"Syarikat juga boleh menyediakan cuti tambahan atau cuti kecemasan untuk ibu yang bekerja jika ada perkara berbangkit berkaitan anak-anak mereka, yang mana cuti itu sepatutnya berasingan daripada cuti tahunan mereka," katanya.

Bagi Deborah Anne Vince, 31, pula, dia berpandangan bahawa tanggungjawab dan komitmen seorang wanita bekerjaya dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu tidak berkesudahan.

Unless they're video chatting with family members, kids below two years should not be allowed screen time. — Positive Parenting

Bagi meringankan beban ibu bekerja, majikan harus mempertimbangkan bagi membolehkan bekerja dari rumah, selain daripada menyediakan pusat jagaan anak di tempat kerja. — Gambar hiasan/Agensi

"Sebagai ibu yang bekerja, kita tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi dengan anak-anak kerana setelah pulang bekerja, kebiasaannya akan berasa letih dan hanya ingin berehat dan tidur awal.

Deborah yang juga ibu tunggal berpendapat, disebabkan kekangan kewangan, dia perlu bekerja untuk menyara anak-anaknya.

2065767

Deborah perlu membahagikan masa antara kerjaya dan anak-anaknya. — The Star

"Majikan saya menyediakan fleksibiliti dalam penjadualan giliran kerja dan ini penting kerana membolehkan saya membawa anak-anak untuk pemeriksaan di pagi hari," katanya yang bekerja sebagai pembantu klinik.

Deborah mencadangkan agar majikan meningkatkan bayaran kepada golongan ibu bekerjaya agar tidak perlu bekerja lebih masa semata-mata untuk bayaran tambahan yang akhirnya akan mengurangkan masa mereka bersama keluarga.

Delaying immunisation in children can result in many consequences, including increased susceptibility to vaccine-preventable diseases. — Positive Parenting

Penjadualan giliran kerja penting kerana membolehkan sesetengah ibu membawa anak-anak untuk pemeriksaan di pagi hari. — Gambar hiasan/Agensi

Sementara itu, ibu kepada dua anak yang mesra disapa Lee, 36, berkata, had masa adalah perjuangan utamanya sebagai ibu yang bekerja.

Lee berkata, dia ingin berhenti bekerja ketika melahirkan anak bongsu bagi memberi tumpuan penjagaan, tetapi sebaliknya majikannya membenarkan untuk bekerja dari rumah.

"Saya ingin mengasuh anak sendiri daripada meletakkannya di pusat jagaan anak atau dengan pengasuh, kerana anak-anak mudah sakit apabila terdedah di tempat-tempat ini," katanya.

Lee yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran. menambah bahawa dia bertuah kerana majikannya juga memberikan cuti bersalin selama tiga bulan.

"Saya berharap majikan akan lebih memahami ibu yang bekerja dengan tidak memaksa bekerja lebih masa atau aktiviti hiburan selepas waktu kerja serta mempertimbangkan cuti kecemasan," katanya.

2065766

Harizah Hanim (kiri) bersama suami dan dua orang anaknya. — The Star

Dalam pada itu, wartawan bisnes, Harizah Hanim Mohamed berkata, dia terus bekerja disebabkan kekangan kewangan dan dalam masa yang sama menghadapi kesukaran mengimbangi kerja dan menguruskan anak-anaknya.

“Saya berharap lebih banyak syarikat akan memperkenalkan waktu kerja yang fleksibel dan kemudahan jagaan anak di dalam kawasan pejabat,” kata ibu berusia 28 tahun itu.

Dia bersyukur kerana mempunyai jadual kerja hibrid yang dapat meringankan keadaannya sebagai seorang ibu yang bekerja. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram