KURANG dua minggu jendela perpindahan kedua Liga Malaysia akan membuka tirainya.
Ini kerana bulan depan, rata-rata pasukan akan cuba menambah baik kelab masing-masing untuk mengharungi saingan liga yang lebih panjang.
Namun sebelum jendela perpindahan kedua dibuka, pernahkah anda tertanya siapakah pemain yang dilabel sebagai 'super-sub' paling berbahaya ketika ini?
BACA LAGI: Nama 2F jadi pilihan, penyokong Kedah reda Syafiq Ahmad tak dapat turun lawan JDT
Dengan perlawanan Liga Super sudah memasuki minggu kelima, Majoriti senaraikan tiga pemain 'super-sub' yang mendatangkan bahaya kepada pihak lawan jika dimasukkan dalam padang:
1. Aliff Haiqal Lau
Pemain muda meningkat naik Selangor FC, Aliff Haiqal Lau merupakan antara bintang 'super-sub' yang mampu menghasilkan impak positif buat pasukan jika dimasukkan ke dalam padang.
Ini dibuktikan apabila Aliff memerlukan 29 minit untuk merekodkan satu jaringan dan assist sepanjang menjadi pemain pertukaran buat Gergasi Merah.
Jaringan paling epik buat pemain berusia 24 tahun itu apabila meledak gol kemenangan Selangor ketika menewaskan Kedah di hadapan ribuan penyokong sendiri 18 Mei lalu.
2. Muhammad Syahmi Safari
Pertahanan kanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Syahmi Safari hanya memerlukan enam minit untuk menghasil jaringan buat Harimau Selatan selepas masuk secara pemain gantian.
Syahmi yang masuk menggantikan Oscar Arribas ketika menewaskan Kuala Lumpur City FC pada 25 Mei lalu berjaya menggandakan jaringan Harimau Selatan untuk menjadikan keputusan ketika itu 5-1.
Namun itu sahaja perlawanan buat Syahmi untuk membuktikan dirinya kepada Hector Bidalgio selepas tidak diberikan peluang untuk bermain setakat ini.
3. Ebenezer Assifuah
Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pastinya amat mengenali bekas penjaring terbanyak Piala MFL, Ebenezer Assifuah selepas dia membuktikan kredibilitinya sebagai pemain import.
Musim ini, Assifuah telah tampil dalam empat perlawanan bersama Sang Kenari dan banyak bermula sebagai pemain gantian.
Aksi Assifuah mula diperkatakan orang ramai selepas dia menjaringkan gol kemenangan buat Kedah ketika barisan serangan itu buntu mencari jaringan pada 22 Jun lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram