PRK Sungai Bakap: PH mendahului kiraan undi pos


  • Politik
  • Sabtu, 06 Jul 2024

Proses pengiraan undi bermula selepas sembilan pusat mengundi ditutup secara rasmi pada pukul 6 petang.

PAKATAN Harapan (PH) kini mendahului sebanyak tujuh undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap melalui kiraan undi pos.

Seorang wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sim Tze Tzin PKR berkongsi bahawa Dr Joohari Ariffin yang mewakili PH memperoleh 63 undi manakala Abidin Ismail dari Perikatan Nasional memperoleh 56 undi.

Terdapat 128 undi pos dengan lima undi rosak dan empat undi tidak dikembalikan.

PRK Sungai Bakap menyaksikan seramai 39,279 pemilih berdaftar di Sungai Bakap termasuk 57 anggota polis.

Terdahulu, sembilan pusat mengundi dengan 65 saluran mengundi dibuka serentak pada 8 pagi Sabtu dan ditutup pada pukul 6 petang.

Joohari dan Abidin terlibat dalam persaingan satu lawan satu bagi PRK Sungai Bakap yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada PAS pada 24 Mei akibat radang perut. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram