
TERDAPAT trend peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar berusia 18 tahun sehingga 25 tahun yang berada di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara, kata Dewan Rakyat.
Memetik angka yang dilaporkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi berkata, terdapat 214 kes HIV membabitkan pelajar pengajian tinggi pada 2020, diikuti dengan sedikit penurunan sebanyak 186 kes pada 2021.
Bagaimanapun, jumlah itu kembali meningkat kepada 221 kes pada 2022 dan 244 kes (2023).
BACA LAGI: Daging baru sembelih sebenarnya tak elok terus dimasak, enzim aktif boleh jadi punca darah tinggi
BACA LAGI: Kerap 'berembun', balik lewat malam tingkatkan risiko hidap radang paru-paru
Kes HIV semakin menjadi-jadi dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.
“Peratusan institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah antara 6.7% hingga 7.6% daripada jumlah keseluruhan kes HIV baharu yang dikenal pasti pada tahun-tahun tersebut,” katanya.
Kementerian Pengajian Tinggi berkata, melalui universiti awam, pihaknya telah merancang dan melaksanakan pelbagai program membabitkan advokasi, kesedaran dan pencegahan berhubung jangkitan HIV.
“Kami sentiasa sedar dan mengambil berat tentang kesejahteraan pelajar, termasuk isu yang melibatkan kesihatan dan jangkitan penyakit,” tambahnya.
Tambahnya, pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengadakan 77 program advokasi, kesedaran dan pencegahan HIV melibatkan 22,905 pelajar universiti awam sejak 2022 hingga Jun 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram