MINUMAN popular yang didatangkan dari Vietnam, Star Kombucha kini boleh didapati di pasaran tempatan selepas ia dilancarkan secara rasmi pada Khamis.
Mendapat pengiktirafan Aurora International Taste Challenge pada, minuman yang mendapat halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) itu menampilkan empat perisa hebat iaitu blueberi, mangga, buah markisa dan laici.
Pengurus Besar Berjaya Food Trading Sdn. Bhd (BFT), Nicholas Nyeow berkata, pihaknya sangat teruja untuk memperkenalkan jenama Star Kombucha secara rasmi di Malaysia untuk memberikan rakyat di negara ini pengalaman menikmati kombucha premium.
"Didatangkan dengan perisa buah yang unik, minuman menyegarkan ini pastinya memikat selera ramai bukan kerana rasanya yang sedap malah kualiti minuman itu yang kaya dengan khasiat probiotik dan antioksida," katanya pada majlis pelancaran Star Kombucha di Kuala Lumpur.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad, Datuk Sydney Quays dan Pengarah Pemasaran ASEANA GOODY Sdn Bhd, Johathan Bong.
Minuman Star Kombucha menampilkan empat perisa berbeza.
Sentiasa menjamin kualiti yang tinggi kepada pengguna, Star Kombucha dibru menggunakan teh hijau dan teh hitam organik, tebu mentah, buah-buahan segar dan 'scoby' iaitu kultur simbiotik bakteria dan yis yang diperakui oleh FDA (Pentadbiran Makanan & Ubat-Ubatan).
Proses pembuatan teh halal itu juga memerlukan bancuhan secara teliti selama 30 hari dalam kelompok kecil dengan menggunakan 100 peratus bahan semula jadi terbaik yang terdapat di dunia.
Berbeza daripada minuman lain, minuman Star Kombucha memiliki khasiatnya yang tersendiri bagi membantu kesihatan kerana kaya dengan probiotik dan antioksida yang menjadikannya pilihan ideal untuk sistem pencernaan.
Malah, minuman mengandungi gula semula jadi daripada buah-buahan segar itu juga boleh membantu sistem imun dan pengurusan berat badan.
Jenama kombucha premium itu turut memberi kelebihan dari sudut penjagaan kulit seseorang.
Ciri-ciri yang ditampilkan dalam minuman berkhasiat ini sangat bersesuaian dengan rata-rata rakyat Malaysia yang mengutamakan kesihatan tubuh.
Buktinya, Tinjauan Keutamaan Kesihatan Asia-Pasifik yang dijalankan oleh Herbalife juga mendapati, lebih 75 peratus rakyat Malaysia beralih ke arah gaya hidup dan kesejahteraan holistik menjelang tahun ini.
Dijual pada harga RM8.90 ke RM9.90 setin, minuman berkhasiat itu boleh dibeli di pasar raya terkemuka dan kedai serbaneka utama di seluruh negara seperti AEON, AEON BIG, AEON MaxValu, B.I.G, emart24, ISETAN, Kenny Rogers ROASTERS, Pandamart, Paris Baguette, 7-Eleven, Starbucks, Village Grocer dan banyak lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram