MAHB masih milik Malaysia — PM Anwar


  • Primer
  • Selasa, 25 Jun 2024

Berucap ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa, Anwar menegaskan bahawa syarikat operator lapangan terbang negara itu terus kekal menjadi milik Malaysia. — Gambar hiasan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan mengatakan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dijual kepada pihak asing.

Berucap ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa, Anwar menegaskan bahawa syarikat operator lapangan terbang negara itu terus kekal menjadi milik Malaysia.

Malah, beliau berkata, pemilikan terhadap MAHB juga meningkat daripada 41 peratus kepada 70 peratus susulan daripada penstrukturan pelaburan yang bakal direalisasikan.

BACA LAGI: BN siap sedia bertaruh 2 PRK DUN di DUN Kelantan, Selangor

BACA LAGI: Tak logik kalau ada negeri di Malaysia dakwa tidak pernah kena jajah — Pakar sejarah

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, urusan pelaburan terbabit dikendalikan Permodalan Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Khazanah, bukan oleh kabinet.

“KWSP juga menetapkan syarat ketat mengenai pelantikan pengurusan tertinggi MAHB.

"GIP dipilih berikutan persetujuannya untuk mengekalkan pelantikan warga Malaysia sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) MAHB," katanya.

KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selain GIP, pihak lain tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Khazanah Nasional Bhd dan KWSP.

Menurut Anwar, Khazanah dan KWSP menetapkan syarat ketat yang akan menyaksikan pemilikan kolektif Malaysia dalam MAHB meningkat kepada 70 peratus berbanding 41 peratus pada masa ini sebaik sahaja penstrukturan pengendali lapangan terbang itu selesai.

"Khazanah melaporkan bahawa, apabila dibuka untuk pertimbangan pengurusan, 145 syarikat yang berminat dan akhirnya lima yang layak.

"Syarikat lain yang berminat, ia mahu hak mengurus. Maknanya CEO rakyatnya atau ia yang tentukan. Syarat ini tidak diterima (Khazanah dan KWSP). Itulah sebabnya mengapa GIP diambil,” ujarnya.

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai merit pemilihan GIP dalam membantu usaha pengembangan MAHB. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram